Lets Learn About Islam
Sunday, 5 February 2017
8. ADAB-ADAB SELEPAS TERBIT MATAHARI SAMPAI KE WAKTU GELINCIR MATAHARI
Apabila matahari telah terbit sekadar satu galah maka sembahyanglah engkau dua rakaat, engkau lakukan sembahyang ini selepas habis waktu yang dimakruhkan sembahyang, iaitu masa yang antara selepas sembahyang subuh sampai naik matahari sekadar satu galah.
Apabila matahari telah naik sampai ke waktu Dhuha iaitu apabila telah berlalu lebih kurang satu perempat siang maka hendaklah engkau mengerjakan sembahyang sunat Dhuha (dua rakaat), atau empat, atau enam, atau lapan rakaat. Engkau buat sembahyang ini dua rakaat, dua rakaat (dua rakaat sekali salam) seperti apa yang telah diriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W. dan sebenarnya sembahyang ini sangat baik dan sangat besar pahalanya, oleh itu terserahlah kepada seseorang apakah dia hendak memperbanyakkannya atau mengurangkannya.
Dan tidak ada di antara masa terbit matahari sampai masa tergelincirnya kecuali hanya sembahyang ini sahaja (sembahyang sunat Isyraq dan sembahyang sunat Dhuha) maka waktumu yang selebihnya hendaklah engkau isikan dengan salah satu diantara empat perkara di bawah ini.
Pertama :
Yang terlebih afdhal bahawa engkau habiskan waktumu itu dengan mencari ilmu yang bermanfaat bukan ilmu yang sia-sia yang sangat diminati orang sekarang ini yang mereka menamakannya ilmu manfaat (padahal ia bukan ilmu yang bermanfaat). Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menambah takut dirimu kepada Allah dan menambah penglihatanmu terhadap aib dirimu dan menambah makrifatmu dalam engkau beribadat akan Allah dan menyedikitkan kegemaranmu terhadap negeri dunia dan menambah kegemaranmu terhadap negeri akhirat dan membukakan pintu hatimu untuk mengenali bermacam-macam penyakit amalanmu sehingga engkau dapat menjauhinya.
Dan ilmu yang bermanfaat itu ialah ilmu yang menambah pengetahuanmu terhadap tipu helah syaitan dan penipuannya sehingga engkau arif dengan kehalusan penipuan syaitan ketika ia menggoda ulama Su' dan berjaya menjadikan mereka sebagai sasaran kemurkaan Allah dan kemarahanNya, kerana mereka telah membeli dunia dengan agama dan menjadikan ilmu sebagai alat yang digunakan untuk mengambil harta sultan, memakan harta wakaf, harta anak yatim, harta orang miskin dan harta orang Islam. Di sepanjang hari mereka hanya menghabiskan masa untuk mencari pangkat dan kedudukan di hati manusia. Untuk itu mereka sanggup menunjukkan segala kebolehan di hadapan orang ramai dan memperlihatkan kefasihan lidah mereka dalam berbahas dan berbincang.
Semua ilmu yang bermanfaat itu telah kami sebutkan di dalam kitab Ihya Ulumiddin maka jika engkau tergolong daripada ahlinya maka hasilkanlah olehmu akan dia dan amalkan dengan isi dan kandungannya. Kemudia setelah itu engkau ajarkan pula kepada orang lain dan engkau ajak mereka untuk menuntutnya maka sesiapa yang mencari ilmu yang bermanfaat lalu ia mengamalkan dengannya kemudian ia mengajak orang lain untuk mencari ilmu tersebut maka orang itu akan di panggil "Azim" (orang yang besar) di alam Malakut seperti apa yang telah diperkatakan oleh Nabi Isa A.S.
Apabila engkau selesai darilpada mencari ilmu yang bermanfaat dan selesai daripada memperbaiki dirimu pada zahir dan batin dan masih lagi ada baki daripada waktumu maka tidak mengapa waktu yang baki itu engkau gunakan untuk menuntut mazhab (Ilmu Masail Khilafiah) supaya engkau juga mengenali cabang-cabang ilmu fekah dan permasalahannya yang juga terkadang timbul diwaktu engkau berbuat ibadat dan supaya engkau mengetahui jalan tengah di antara segala permasalahan yang diperselisihkan oleh orang ramai ketika mereka sedang dikuasai oleh hawa nafsu di dalam pertengkaran mereka. Ini pun dengan syarat adanya kelapangan masa selepas engkau menuntut ilmu yang fardhu kifayah. Tetapi jika nafsumu selalu mendorongmu meninggalkan membaca wirid dan zikir yang telah kami sebutkan dan merasa berat untuk melaksanakannya (dan ia sangat cenderung untuk menghabiskan masa menuntut ilmu Masail Khilafiah tadi) maka ketahuilah bahawa sebenarnya syaitan telah berjaya mempermainkan engkau dan ia telah berjaya menanamkan suatu penyakit yang sangat berbahaya di dalam hatimu iaitulah cinta pangkat dan hartabenda. Oleh itu hendaklah engkau berhati-hati supaya engkau akan menjadi alat tertawan syaitan maka ia membinasakan akan dikau dan akan mengolok-olok engkau.
Apabila engkau telah mencuba mengamalkan wirid-wirid dan ibadat (yang telah kami sebutkan) dan engkau dapati akan dirimu tidak merasakan sebarang keberatan dan tidak merasa malas melaksanakannya, bahkan nampak pada dirimu minat yang sangat mendorong engkau untuk mencari lagi ilmu yang bermanfaat dan engkau tidak menghendaki dengan mencari ilmu itu kecuali hanya keredhaan Allah dan negeri akhirat, maka menuntut ilmu ketika itu lebih afdhal daripada ibadat-ibadat sunat. Dan yang paling penting handaklah engkau memastikan keikhlasan niatmu (kerana niatlah yang menentukan nilai amalan mu). Dan apabila niatmu tidak ikhlas maka di sinilah tempat terpedayanya orang-orang yang jahil dan disini pula tempat tergelincirnya kaki orang-orang yang cerdik pandai.
Kedua :
Bahawa engkau tidak berkuasa menghasilkan ilmu yang bermanfaat tetapi engkau kuasa berbuat ibadat seperti berzikir, membaca Al Quran, bertasbih dan sembahyang maka ini adalah darjat orang yang Abid dan cara hidup orang yang Soleh. Dengan cara ini juga engkau dapat tergolong di dalam kumpula orang yang beruntung.
Ketiga :
Bahawa engkau membuat sebarang pekerjaan yang dapat memberi kebaikan kepada orang-orang Islam dan dapat menggembirakan hati orang-orang yang beriman atau engkau menolong orang yang soleh di dalam pekerjaan mereka seperti berkhidmat kepada para ulama dan ahli Sufi dan ahli-ahli agama dan berulang-alik di dalam menunaikan hajat-hajat mereka atau berusaha untuk memberi makanan kepada fakir dan miskin atau menziarahi orang sakit atau menghantar jenazah, maka semuanya ini adalah lebih afdhal daripada semata-mata ibadat sunat sahaja kerana amalan yang seperti ini, selain sebagai satu ibadat, juga ia merupakan pertolongan kepada orang yang lain.
Keempat :
Jikalau engkau tidak dapat membuat salah satu daripada tiga perkara yang disebut tadi maka berusahalah untuk menunaikan hajatmu sendiri dan mencari nafkah bagi dirimu dan keluargamu sedangkan orang ramai selamat daripada sebarang gangguanmu dan mereka juga selamat daripada bahaya lidah dan tanganmu. Dan agamamu pula selamat, iaitu apabila engkau tidak terlibat dengan sebarang kemaksiatan maka dengan itu engkau akan dapat mencapai darjat Ash-Habul Yamin sekiranya engkau tidak dapat mencapai darjat As Sabiqin.
Maka empat perkara inilah segala darjat di dalam agamamu. Selain daripada empat darjat ini hanyalah tempat permainan syaitan iaitu bahawa engkau mengerjakan sesuatu yang dapat meruntuhkan agamamu - Wal Iyazubillah -, atau menyakiti hamba daripada hamba-hamba Allah maka ini adalah perbuatan golongan yang binasa dan hendaklah engkau menghindarkan diri daripada mereka.
Dan ketahuilah bahawasanya seorang hamba itu dipandang dari sudut agama terbahagi kepada tiga darjat :

- "Salim" ertinya orang yang selamat iaitu orang yang hanya menunaikan yang fardhu dan meninggalkan maksiat.
- "Rabih" ertinya orang yang beruntung iaitu orang yang menunaikan yang fardhu dan meninggalkan maksiat dan menambah pula dengan membuat bermacam-macam ketaatan yang sunat.
- "Khasir" ertinya orang yang rugi iaitu orang yang taksir atau cuai daripada membuat sesuatu yang fardhu.
Maka jikalau engkau tidak dapat menjadi orang yang "Rabih" maka berusahalah supaya menjadi orang yang "Salim" dan janganlah sekali-kali menjadi orang yang "Khasir".
Dan seorang hamba itu dipandang dari sudut pergaulan dengan orang lain terbahagi kepada tiga darjat pula :
- Laksana Malaikat yang mulia yang suka berbuat baik kepada orang lain iaitu seseorang yang berusaha menunaikan hajat orang lain dengan cara yang penuh kasih sayang dan lemah lembut dan sentiasa melakukan perkara yang dapat menggembirakan hati mereka.
- Lakasana binatang dan benda keras iaitu seseorang yang tidak memberi kebaikan kepada orang lain dan tidak pula menolak sebarang perkara yang menyakiti mereka.
- Laksana kala jengking, ular dan binatang buas iaitu seseorang yang tidak diharapkan kebaikannya dan dijauhi kejahatannya.
Oleh kerana itu, apabila engkau tidak mampu mencapai ketinggian darjat Malaikat maka janganlah engkau menjadi lebih rendah daripada darjat binatang dan benda-benda yang keras iaitu turun kepada darjat kala jengking, ular dan binatang buas yang suka menyakiti orang lain. Jadi jikalau engkau redha bagi dirimu untuk berada di bawah daripada darjat "A'la Illiyyin" (darjat yang paling tinggi daripada segala yang tinggi) maka janganlah engkau redha bagi dirimu dengan darjat "Asfala Safilin" (darjat yang lebih rendah daripada segala yang rendah) dan jikalau engkau tidak mampu membuat perkara yang dapat menguntungkan, maka janganlah engkau membuat perkara yang merugikan.
Di sepanjang hari janganlah engkau melakukan sesuatu kecuali perkara yang dapat memberi manfaat bagi akhiratmu atau sekurang-kurangnya melakukan perkara yang bermanfaat bagi kehidupanmu di dunia ini yang engkau tidak dapat lari daripadanya dan engkau berhajat kepada menggunakan manfaat dunia ini untuk mencari pahala akhirat.
Apabila engkau tidak mampu melaksanakan kewajipanmu terhadap agamamu ketika engkau bergaul dengan manusia atau engkau tidak selamat daripada membuat maksiat maka hendaklah engkau beruzlah (iaitu mengasingkan diri daripada orang ramai) dan itu adalah yang terlebih baik bagimu, maka disitulah letaknya keselamatanmu. Dan apabila was-was selalu datang menarik hatimu untuk membuat perkara-perkara yang tidak diredhai Allah ketika engkau beruzlah maka hendaklah engkau tidur dan inilah sebaik-baik keadaanmu kerana sudah menjadi pegangan kita didalam kehidupan ini, apabila kita tidak mampu mendapatkan keuntungan dan kemenangan maka biarlah kita redha dengan lari dalam mencari keselamatan. Maka alangkah hinanya orang yang dapat menyelamatkan agamanya dengan menganggurkan dirinya kerana tidur adalah saudara mati yang bermakna pengangguran hidup dan mencontohi benda-benda yang jamid (yang tidak bergerak).
7. ADAB-ADAB MASUK KE DALAM MASJID
Apabila engkau hendak masuk ke dalam masjid maka dahulukanlah kakimu yang kanan dan baca olehmu :
(di dalam azan sembahyang Subuh) maka hendaklah engkau jawab dengan perkataan
Ismail A.S.
Apabila engkau melihat di dalam masjid orang yang menjual sesuatu maka katalah olehmu : "Mudah-mudahan Allah tidak memberi keuntungan kepada perniagaanmu". Dan apabila engkau melihat orang yang mencari sesuatu harta yang hilang maka kata olehmu : "Mudah-mudahan Allah tidak mengembalikan kepadamu harta yang hilang itu". Begitulah kita disuruh oleh Rasulullah S.A.W.
Apabila engkau masuk ke dalam masjid maka jangan engkau duduk sehingga engkau sembahyang dahulu dua rakaat Tahiyyatul Masjid. Dan jikalau engkau bukan dalam keadaan suci daripada hadas kecil atau engkau tidak bermaksud mengerjakan sembahyang Tahiyyatul Masjid itu (oleh kerana ada majlis ilmu yang sedang berjalan misalnya) maka cukuplah engkau membaca Al Baqiyatus Shahilat tiga kali. Dan mengikut pendapat sebahagian ulama empat kali. Dan ada pula yang berpendapat hendaklah dibaca tiga kali bagi orang yang tidak ada wudhuk dan sekali sahaja bagi orang yang ada wudhuk. Dan apabila engkau belum lagi sembahyang sunat (qabliah) Subuh maka buatlah dan memadailah sembahyang sunat Subuh itu untuk menjadi sembahyang Tahiyyatul Masjid dan apabila engkau selesai daripada yang demikian itu, maka hendaklah engkau berniat Iktikaf di dalam masjid dan bacalah doa yang selalu dibaca oleh Rasulullah S.A.W. selepas sembahyang sunat Subuh, iaitu :
Apabila engkau selesai membaca doa maka janganlah engkau sibuk kecuali hanya dengan menunaikan sembahyang yang fardhu atau berzikir atau bertasbih atau membaca Al Quran dan apabila engkau mendengar panggilan azan di ketika itu maka berhentilah dan berikanlah penumpuan untuk menjawab azan.
Apabila muazzin berkata "Allahu Akbar" maka jawab olehmu seperti perkataannya juga. Dan begitulah seterusnya engkau jawab kalimah azan itu, kecuali kalimat
dan
Maka hendaklah engkau jawab dengan perkataan
Dan apabila muazzin melaungkan
(di dalam azan sembahyang Subuh) maka hendaklah engkau jawab dengan perkataan
Dan apabila engkau mendengar iqamat maka jawablah dengan seumpama yang diucapkan oleh muazzin kecuali pada perkataan
Maka jawab olehmu dengan perkataan
Apabila engkau selesai menjawab azan (azan subuh) maka baca olehmu akan doa ini
Apabila engkau mendengar azan sedangkan engkau di dalam keadaan sembahyang maka sempurnakanlah sembahyangmu kemudian jawablah azan seperti sususnannya yang termaklum tadi.
Apabila Imam mulai takbiratul ihram dalam sembahyang fardhu (Subuh) maka jangan engkau melakukan sesuatu kecuali mengikut perbuatannya sahaja dan sembahyanglah engkau seperti yang akan diterangkan kaifiat dan adab-adabnya sekejap lagi.
Apabila engkau selesai sembahyang maka baca olehmu :
Selepas ini hendaklah engkau membaca doa yang singkat tetapi penih makna. Iaitu doa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. kepada Siti Aisyah r.a iaitu ;
Kemudian hendaklah engkau baca doa yang telah diwasiatkan oleh Rasulullah S.A.W. kepada anakandanya Siti Fatimah r.a iaitu :
Kemudian baca olehmu akan doa Nabi Isa A.S iaitu ;
Kemudian setelah itu hendaklah engkau berdoa dengan apa sahaja doa yang engkau kehendaki daripada segala doa yang masyhur dan hendaklah engkau hafaz (hafal) doa yang telah kami tuliskan di dalam fasal "Al Daawat" di dalam kitab Ihya Ulumiddin.
Dan hendaklah engkau bahagikan masamu dari selepas sembahyang Subuh tadi sampai ke masa terbit matahari kepada empat bahagian :
- Berdoa
- Berzikir dan bertasbih dan hendaklah engkau bilangkan zikirmu itu dengan seutas tasbih
- Membaca Al Quran
- Bertaffakur
Maka hendaklah engkau memikirkan betapa banyak dosa-dosa dan ketaksiranmu di dalam berbuat ibadat terhadap Allah dan engkau fikirkan pula betapa engkau berani mendedahkan dirimu menghadapi seksaan Allah yang pedih dan kemurkaanNya yang sangat besar.
Dan hendaklah pula engkau fikirkan susunan waktumu dengan menentukan wirid yang akan engkau baca di sepanjang hari nanti supaya engkau dapat menyempurnakan wirid-wirid yang luput dari sebab ketaksiranmu dan hendaklah engkau fikirkan bagaimana engkau boleh menjaga diri di sepanjang hari dan hendaklah pula engkau berniat untuk membuat sebarang kebaikan kepada orang-orang Islam dan hendaklah engkau berazam bahawa engkau di sepanjang hari nanti tidak akan membuat sesuatu kecuali hanya taat kepada Allah dan hendaklah engkau niatkan membuat ketaatan yang termampu engkau membauatnya dan hendaklah engkau pilih yang terlebih afdhal diantara segala ketaatan dan hendaklah engkau fikirkan dengan teliti bagaimana cara mempersiapkan kemudahan perlaksanaan ketaatan tersebut dan jangan lupa engkau memikirkan bahawa ajalmu itu sangat dekat kepadamu dan bahawa kematian itu bila-bila masa boleh datang memutuskan segala rancanganmu dan bahawa kematian itu diluar daripada ikhtiarmu dan engkau fikirkan juga betapa besarnya kerugian dan penyesalan bagi seseorang yang tidak membuat persiapan untuk matinya.
Dan hendaklah tasbih dan zikirmu itu dibahagikan kepada sepuluh bahagian :
*Sebenarnya tidak ada hamba daripada keturunan Nabi Ismail A.S., kerana mereka adalah keturunan yang mulia. Hadis ini hanya menunjukkan kelebihan yang sangat besar bagi amalan tersebut.
6. ADAB-ADAB PERGI KE MASJID
Apabila engkau telah selesai daripada bersuci maka sembahyanglah di rumahmu dua rakaat sunat subuh jikalau fajar telah terbit seperti apa yang telah dibuat oleh Rasulullah S.A.W. kemudian pergilah ke masjid dan jangan sekali-kali engkau meninggalkan sembahyang berjamaah apakan lagi sembahyang subuh kerana sembahyang berjamaah itu melebihi daripada sembahyang sendirian dua puluh tujuh darjat. Jikalau engkau mempermudahkan perkara seperti ini dan tidak mahu merebut keuntungan yang besar ini maka apalah faedahnya engkau bersusah-payah mencari ilmu kerana tujuan mencari ilmu itu hanyalah untuk diamalkan.
Apabila engkau berjalan ke masjid maka berjalanlah dalam keadaan yang tenang dan tenteram dan jangan terburu-buru dan hendaklah engkau membaca :
Apabila engkau berjalan ke masjid maka berjalanlah dalam keadaan yang tenang dan tenteram dan jangan terburu-buru dan hendaklah engkau membaca :
5. ADAB-ADAB BERTAYAMMUM
Apabila engkau tidak dapat menggunakan air kerana,
- Ketiadaannya sesudah berusaha mencarinya
- Atau sebab uzur sakit
- Atau ada halangan daripada sampai mencapai air disebabkan adanya binatang buas atau sebab ditahan di dalam penjara
- Atau kerana air itu sedikit yang hanya mencukupi untuk menghilangkan dahagamu atau dahaga kawanmu
- Atau kerana air itu milik orang lain yang tidak mahu menjualnya kecuali dengan harga yang lebih mahal daripada harga biasa
- Atau kerana ada luka dan sakit di badanmu yang engkau bimbang atas kemudaratan dirimu apabila engkau menggunakan air
Maka dalam keadaan-keadaan ini hendaklah engkau menunggu sehingga masuk waktu sembahyang fardhu kemudian carilah tanah yang baik dan berdebu dan tidak bercampur dengan benda yang lain. Tanah itu suci dan lembut maka engkau pukulkan kedua tapak tanganmu ke atas tanah tadi sambil merapatkan jari-jarimu dan berniat olehmu akan "Istibahatus Solah" maksudnya membuat sesuatu yang membolehkan sembahyang fardhu, lalu engkau sapukan kedua tanganmu tadi ke mukamu sekali dan janganlah engkau bersusah-susah untuk memastikan debu itu sampai ke tempat tumbuh rambut sama ada tebal atau tipis kemudian tanggalkanlah cincinmu (jika ada).
Kemudia engkau pukulkan pula kedua tanganmu ke atas tanah sambil merenggangkan di antara jari-jarimu dan sapulah akan kedua tanganmu sehingga sampai pada kedua sikumu. Jikalau dua pukulan ini masih belum mencukupi maka pukulkan pula tanganmu dengan sempurna kemudian sapukanlah satu tapak tangan dengan tapak tangan yang lain dan selangkan jari-jari tangamu untuk menyapu celah-celah jarimu.
Dan sembahyanglah engkau dengan sekali tayammum ini akan sekali sembahyang yang farhu dan beberapa sahaja yang engkau sukai daripada sembahyang sunat dan apabila engkau berkehendak pula membuat sembahyang fardhu yang lain maka perbuatkanlah olehmu tayammum yang baru.
4. ADAB-ADAB MANDI
Apabila engkau junub, sama ada kerana bermimpi atau jimak maka bawalah sebekas air ke bilik mandi dan mulakan dengan membasuh kedua tanganmu tiga kali dan tanggalkan segala kotoran daripada badanmu kemudian hendaklah engkau berwudhuk seperti wudhuk yang engkau buat untuk sembahyang beserta dengan segala doa-doanya dan kemudiankan membasuh kedua kakimu supaya air tidak jadi sia-sia.
Apabila engkau sudah selesai daripada berwudhuk maka tuangkanlah air ke atas kepalamu tiga kali dan engkau berniat mengangkatkan (menghilangkan) hadas junub kemudian tuangkanlah air ke sebelah badanmu yang kanan dan ikutilah dengan sebelah kiri dan gosoklah bahagian hadapan dan belakang daripada badanmu dan selat selati rambut di kepala dan juga janggutmu dan sampaikan air ke tempat-tempat yang berlipat-lipat daripada badanmu dan tempat tumbuh rambut, baik yang tipis mahupun yang tebal dan jangan sekali-kali engkau menyentuh kemaluanmu selepas berwudhuk tadi dan jikalau tersentuh tanganmu dengannya maka ulangi wudhukmu sekali lagi.
Dan perkara-perkara yang wajib dalam mandi ini ialah :

- Niat
- Menghilangkan najis dari badan (jika ada)
- Meratakan air ke seluruh anggota badan
Dan perkara-perkara yang wajib dalam wudhuk ialah :
- Niat
- Membasuh muka sekali
- Membasuh kedua tangan sampai kedua siku juga sekali
- Menyapu sebahagian daripada kepala sekali
- Membasuh kedua kaki sampai ke buku lali sekali
- Tertib
Dan yang lain daripada hukumnya adalah sunat muakkad dan kelebihannya sangat banyak, pahalanya sangat besar dan orang yang tidak mengambil berat dengan yang sunat ini adalah rugi bahkan boleh membawa yang wajib kepada bahaya, kerana perkara-perkara yang sunat merupakan penampung kepada kekurangan yang ada pada yang wajib.
3. ADAB-ADAB BERWUDHUK (MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG)
Dan lagi di antara kelebihan siwak itu :
Dan diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda :
Kemudian hendaklah engkau duduk menghadap qiblat di atas tempat yang sedikit tinggi supaya engkau tidak terkena percikan air dan baca olehmu ketika itu akan doa :
Kemudian basuhlah kedua tanganmu tiga kali sebelum engkau memasukkannya ke dalam bejana dan baca olehmu doa :
Kemudian hendaklah engkau berniat untuk mengangkatkan (menghilangkan) hadas atau engkau berniat "Istibahatus Solah" (Ertinya : Membuat sesuatu yang mengharuskan sembahyang) dan hendaklah niatmu itu tidak hilang sebelum engkau membasuh muka, supaya sah wudhukmu.
Kemudian ambil air satu cebuk dan berkumur-kumurlah engkau dengannya tiga kali dan bersungguh-sungguh engkau memutarkan air itu (di dalam mulut) sehingga sampai ke hujung halkum (bahagian atas kerongkong) kecuali jika engkau puasa maka engkau perlahankan berkumur-kumur itu. Dan baca olehmu ketika itu doa :
Kemudian ambil pula satu cebuk air yang lain untuk engkau memasukkannya ke dalam hidungmu, maka hendaklah engkau beristinsyak (memasukkan air ke hidung) tiga kali dan baca olehmu akan doa :
Dan ketika engkau menghembuskan air daripada hidungmu hendaklah engkau baca doa :
Kemudian ambil pula satu cebuk air yang lain untuk engkau membasuh muka maka basuhlah mukamu mulai daripada tempat yang mula mendatar daripada dahi sampai ke hujung bahagian hadapan daripada dagu. Ini dari segi bujurnya dan dari segi lebarnya pula ialah jarak antara kedua telinga. Dan sampaikanlah air itu ke tempat "Tahfiz" iaitu tempat yang telah beradat kaum wanita membuang rambut yang ada di situ, iaitulah tempat yang ada diantara bahagian atas telinga sampai ke tepi pelipis yakni tempat yang ada di tepi dahi dan sampaikanlah ketika membasuh muka itu ke tempat tumbuh empat macam bulu : bulu kening, bulu misai, bulu mata, bulu azar, iaitu bulu yang tumbuh daripada tempat permulaan janggut sampai membetuli kedua telinga. Dan wajib menyampaikan air ke tempat tumbuh janggut yang tebal. Dan baca olehmu ketika membasuh muka itu :
Dan jangan engkau tinggalkan menyelat-nyelat janggut yang tebal.
Kemudian basuhlah tanganmu yang kanan dan ikuti pula dengan membasuh tangan kiri. Basuhlah tanganmu bersama dengan kedua siku sampai ke tempat pertengahan lenganmu, kerana perhiasan di dalam syurga itu sampai ke tempat basuhan wudhuk. Dan baca olehmu ketika membasuh tangan kanan akan doa :
Dan baca olehmu ketika membasuh tangan kiri akan doa :
Kemudian sapulah kepalamu dan ratakanlah seluruh bahagian kepala dengan sapuan. Iaitu dengan membasahkan kedua tanganmu lalu engkau temukan hujung jari-jari kedua tanganmu dan engkau letakkan keduanya pada bahagian hadapan kepala, kemudian engkau lakukan kedua tanganmu itu kebahagian belakang daripada kepalamu. Setelah itu engkau kembalikan semula kedua tanganmu itu kehadapan. Maka engkau buat seperti ini tiga kali. Dan baca olehmu ketika menyapu kepala itu :
Kemudian basuhlah kakimu yang kanan dan diiringi dengan kaki kiri dengan menyempurnakan basuhan sampai kepada dua buku lali dan diselatilah celah-celah jari kakimu dengan kelingking tanganmu yang kiri. Engkau mulakan yang demikian itu dengan menyelati kelingking kakimu yang kanan sehingga engkau sudahi dengan kelingking kakimu yang kiri. Engkau masukkan kelingking tanganmu yang kiri itu dari sebelah bawah dan baca olehmu ketika membasuh kakimu yang kanan :
Dan baca olehmu ketika membasuh kakimu yang kiri :
Dan basuhlah kakimu sehingga sampai kepertengahan betismu dan hendaklah engkau mempastikan bahawa semua anggota wudhukmu itu engkau basuh atau engkau sapu tiga kali.
Apabila engkau telah selesai daripada berwudhuk maka angkatlah penglihatanmu ke langit dan baca olehmu :
Maka sesiapa yang membaca doa ini selepas ia berwudhuk, pasti akan keluar segala dosanya daripada segala anggotanya, dan dicop keatas wudhuknya dengan cop (maksudnya diterima di sisi Allah) lalu diangkat dan diletakkan di bawah arasy. Maka sentiasalah wudhuk tadi bertasbih kepada Allah dan ditulis baginya pahala wudhuk itu sampai ke hari kiamat.
Dan hendaklah engkau meninggalkan tujuh perkara di bawah ini ketika berwudhuk ;
- Mengibaskan tangan untuk memercikkan air (selepas berwudhuk)
- Menamparkan air ke muka dan kepala
- Bercakap-cakap
- Membasuh anggota wudhuk lebih dari tiga kali
- Menggunakan air tanpa ada hajat, tetapi hanya semata-mata was-was. Dan syaitan yang mengganggu orang yang sedang berwudhuk ini namanya Walhan.
- Berwudhuk dengan air musyammas (air yang terkena panas matahari dan di negeri yang panas pula)
- Berwudhuk dengan menggunakan bekas-bekas daripada tembaga
Maka yang tujuh perkara ini hukumnya makruh ketika berwudhuk.
Dan disebut pula di dalam hadis :
Subscribe to:
Posts (Atom)