Apabila engkau sudah selesai daripada berwudhuk maka tuangkanlah air ke atas kepalamu tiga kali dan engkau berniat mengangkatkan (menghilangkan) hadas junub kemudian tuangkanlah air ke sebelah badanmu yang kanan dan ikutilah dengan sebelah kiri dan gosoklah bahagian hadapan dan belakang daripada badanmu dan selat selati rambut di kepala dan juga janggutmu dan sampaikan air ke tempat-tempat yang berlipat-lipat daripada badanmu dan tempat tumbuh rambut, baik yang tipis mahupun yang tebal dan jangan sekali-kali engkau menyentuh kemaluanmu selepas berwudhuk tadi dan jikalau tersentuh tanganmu dengannya maka ulangi wudhukmu sekali lagi.
Dan perkara-perkara yang wajib dalam mandi ini ialah :
- Niat
- Menghilangkan najis dari badan (jika ada)
- Meratakan air ke seluruh anggota badan
Dan perkara-perkara yang wajib dalam wudhuk ialah :
- Niat
- Membasuh muka sekali
- Membasuh kedua tangan sampai kedua siku juga sekali
- Menyapu sebahagian daripada kepala sekali
- Membasuh kedua kaki sampai ke buku lali sekali
- Tertib
Dan yang lain daripada hukumnya adalah sunat muakkad dan kelebihannya sangat banyak, pahalanya sangat besar dan orang yang tidak mengambil berat dengan yang sunat ini adalah rugi bahkan boleh membawa yang wajib kepada bahaya, kerana perkara-perkara yang sunat merupakan penampung kepada kekurangan yang ada pada yang wajib.
No comments:
Post a Comment