- Ketiadaannya sesudah berusaha mencarinya
- Atau sebab uzur sakit
- Atau ada halangan daripada sampai mencapai air disebabkan adanya binatang buas atau sebab ditahan di dalam penjara
- Atau kerana air itu sedikit yang hanya mencukupi untuk menghilangkan dahagamu atau dahaga kawanmu
- Atau kerana air itu milik orang lain yang tidak mahu menjualnya kecuali dengan harga yang lebih mahal daripada harga biasa
- Atau kerana ada luka dan sakit di badanmu yang engkau bimbang atas kemudaratan dirimu apabila engkau menggunakan air
Maka dalam keadaan-keadaan ini hendaklah engkau menunggu sehingga masuk waktu sembahyang fardhu kemudian carilah tanah yang baik dan berdebu dan tidak bercampur dengan benda yang lain. Tanah itu suci dan lembut maka engkau pukulkan kedua tapak tanganmu ke atas tanah tadi sambil merapatkan jari-jarimu dan berniat olehmu akan "Istibahatus Solah" maksudnya membuat sesuatu yang membolehkan sembahyang fardhu, lalu engkau sapukan kedua tanganmu tadi ke mukamu sekali dan janganlah engkau bersusah-susah untuk memastikan debu itu sampai ke tempat tumbuh rambut sama ada tebal atau tipis kemudian tanggalkanlah cincinmu (jika ada).
Kemudia engkau pukulkan pula kedua tanganmu ke atas tanah sambil merenggangkan di antara jari-jarimu dan sapulah akan kedua tanganmu sehingga sampai pada kedua sikumu. Jikalau dua pukulan ini masih belum mencukupi maka pukulkan pula tanganmu dengan sempurna kemudian sapukanlah satu tapak tangan dengan tapak tangan yang lain dan selangkan jari-jari tangamu untuk menyapu celah-celah jarimu.
Dan sembahyanglah engkau dengan sekali tayammum ini akan sekali sembahyang yang farhu dan beberapa sahaja yang engkau sukai daripada sembahyang sunat dan apabila engkau berkehendak pula membuat sembahyang fardhu yang lain maka perbuatkanlah olehmu tayammum yang baru.
No comments:
Post a Comment