Apabila engkau melihat di dalam masjid orang yang menjual sesuatu maka katalah olehmu : "Mudah-mudahan Allah tidak memberi keuntungan kepada perniagaanmu". Dan apabila engkau melihat orang yang mencari sesuatu harta yang hilang maka kata olehmu : "Mudah-mudahan Allah tidak mengembalikan kepadamu harta yang hilang itu". Begitulah kita disuruh oleh Rasulullah S.A.W.
Apabila engkau masuk ke dalam masjid maka jangan engkau duduk sehingga engkau sembahyang dahulu dua rakaat Tahiyyatul Masjid. Dan jikalau engkau bukan dalam keadaan suci daripada hadas kecil atau engkau tidak bermaksud mengerjakan sembahyang Tahiyyatul Masjid itu (oleh kerana ada majlis ilmu yang sedang berjalan misalnya) maka cukuplah engkau membaca Al Baqiyatus Shahilat tiga kali. Dan mengikut pendapat sebahagian ulama empat kali. Dan ada pula yang berpendapat hendaklah dibaca tiga kali bagi orang yang tidak ada wudhuk dan sekali sahaja bagi orang yang ada wudhuk. Dan apabila engkau belum lagi sembahyang sunat (qabliah) Subuh maka buatlah dan memadailah sembahyang sunat Subuh itu untuk menjadi sembahyang Tahiyyatul Masjid dan apabila engkau selesai daripada yang demikian itu, maka hendaklah engkau berniat Iktikaf di dalam masjid dan bacalah doa yang selalu dibaca oleh Rasulullah S.A.W. selepas sembahyang sunat Subuh, iaitu :
Apabila engkau selesai membaca doa maka janganlah engkau sibuk kecuali hanya dengan menunaikan sembahyang yang fardhu atau berzikir atau bertasbih atau membaca Al Quran dan apabila engkau mendengar panggilan azan di ketika itu maka berhentilah dan berikanlah penumpuan untuk menjawab azan.
Apabila muazzin berkata "Allahu Akbar" maka jawab olehmu seperti perkataannya juga. Dan begitulah seterusnya engkau jawab kalimah azan itu, kecuali kalimat
dan
Maka hendaklah engkau jawab dengan perkataan
Dan apabila muazzin melaungkan
(di dalam azan sembahyang Subuh) maka hendaklah engkau jawab dengan perkataan
Dan apabila engkau mendengar iqamat maka jawablah dengan seumpama yang diucapkan oleh muazzin kecuali pada perkataan
Maka jawab olehmu dengan perkataan
Apabila engkau selesai menjawab azan (azan subuh) maka baca olehmu akan doa ini
Apabila engkau mendengar azan sedangkan engkau di dalam keadaan sembahyang maka sempurnakanlah sembahyangmu kemudian jawablah azan seperti sususnannya yang termaklum tadi.
Apabila Imam mulai takbiratul ihram dalam sembahyang fardhu (Subuh) maka jangan engkau melakukan sesuatu kecuali mengikut perbuatannya sahaja dan sembahyanglah engkau seperti yang akan diterangkan kaifiat dan adab-adabnya sekejap lagi.
Apabila engkau selesai sembahyang maka baca olehmu :
Selepas ini hendaklah engkau membaca doa yang singkat tetapi penih makna. Iaitu doa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. kepada Siti Aisyah r.a iaitu ;
Kemudian hendaklah engkau baca doa yang telah diwasiatkan oleh Rasulullah S.A.W. kepada anakandanya Siti Fatimah r.a iaitu :
Kemudian baca olehmu akan doa Nabi Isa A.S iaitu ;
Kemudian setelah itu hendaklah engkau berdoa dengan apa sahaja doa yang engkau kehendaki daripada segala doa yang masyhur dan hendaklah engkau hafaz (hafal) doa yang telah kami tuliskan di dalam fasal "Al Daawat" di dalam kitab Ihya Ulumiddin.
Dan hendaklah engkau bahagikan masamu dari selepas sembahyang Subuh tadi sampai ke masa terbit matahari kepada empat bahagian :
- Berdoa
- Berzikir dan bertasbih dan hendaklah engkau bilangkan zikirmu itu dengan seutas tasbih
- Membaca Al Quran
- Bertaffakur
Maka hendaklah engkau memikirkan betapa banyak dosa-dosa dan ketaksiranmu di dalam berbuat ibadat terhadap Allah dan engkau fikirkan pula betapa engkau berani mendedahkan dirimu menghadapi seksaan Allah yang pedih dan kemurkaanNya yang sangat besar.
Dan hendaklah pula engkau fikirkan susunan waktumu dengan menentukan wirid yang akan engkau baca di sepanjang hari nanti supaya engkau dapat menyempurnakan wirid-wirid yang luput dari sebab ketaksiranmu dan hendaklah engkau fikirkan bagaimana engkau boleh menjaga diri di sepanjang hari dan hendaklah pula engkau berniat untuk membuat sebarang kebaikan kepada orang-orang Islam dan hendaklah engkau berazam bahawa engkau di sepanjang hari nanti tidak akan membuat sesuatu kecuali hanya taat kepada Allah dan hendaklah engkau niatkan membuat ketaatan yang termampu engkau membauatnya dan hendaklah engkau pilih yang terlebih afdhal diantara segala ketaatan dan hendaklah engkau fikirkan dengan teliti bagaimana cara mempersiapkan kemudahan perlaksanaan ketaatan tersebut dan jangan lupa engkau memikirkan bahawa ajalmu itu sangat dekat kepadamu dan bahawa kematian itu bila-bila masa boleh datang memutuskan segala rancanganmu dan bahawa kematian itu diluar daripada ikhtiarmu dan engkau fikirkan juga betapa besarnya kerugian dan penyesalan bagi seseorang yang tidak membuat persiapan untuk matinya.
Dan hendaklah tasbih dan zikirmu itu dibahagikan kepada sepuluh bahagian :
*Sebenarnya tidak ada hamba daripada keturunan Nabi Ismail A.S., kerana mereka adalah keturunan yang mulia. Hadis ini hanya menunjukkan kelebihan yang sangat besar bagi amalan tersebut.
No comments:
Post a Comment