Apabila matahari telah terbit sekadar satu galah maka sembahyanglah engkau dua rakaat, engkau lakukan sembahyang ini selepas habis waktu yang dimakruhkan sembahyang, iaitu masa yang antara selepas sembahyang subuh sampai naik matahari sekadar satu galah.
Apabila matahari telah naik sampai ke waktu Dhuha iaitu apabila telah berlalu lebih kurang satu perempat siang maka hendaklah engkau mengerjakan sembahyang sunat Dhuha (dua rakaat), atau empat, atau enam, atau lapan rakaat. Engkau buat sembahyang ini dua rakaat, dua rakaat (dua rakaat sekali salam) seperti apa yang telah diriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W. dan sebenarnya sembahyang ini sangat baik dan sangat besar pahalanya, oleh itu terserahlah kepada seseorang apakah dia hendak memperbanyakkannya atau mengurangkannya.
Dan tidak ada di antara masa terbit matahari sampai masa tergelincirnya kecuali hanya sembahyang ini sahaja (sembahyang sunat Isyraq dan sembahyang sunat Dhuha) maka waktumu yang selebihnya hendaklah engkau isikan dengan salah satu diantara empat perkara di bawah ini.
Pertama :
Yang terlebih afdhal bahawa engkau habiskan waktumu itu dengan mencari ilmu yang bermanfaat bukan ilmu yang sia-sia yang sangat diminati orang sekarang ini yang mereka menamakannya ilmu manfaat (padahal ia bukan ilmu yang bermanfaat). Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menambah takut dirimu kepada Allah dan menambah penglihatanmu terhadap aib dirimu dan menambah makrifatmu dalam engkau beribadat akan Allah dan menyedikitkan kegemaranmu terhadap negeri dunia dan menambah kegemaranmu terhadap negeri akhirat dan membukakan pintu hatimu untuk mengenali bermacam-macam penyakit amalanmu sehingga engkau dapat menjauhinya.
Dan ilmu yang bermanfaat itu ialah ilmu yang menambah pengetahuanmu terhadap tipu helah syaitan dan penipuannya sehingga engkau arif dengan kehalusan penipuan syaitan ketika ia menggoda ulama Su' dan berjaya menjadikan mereka sebagai sasaran kemurkaan Allah dan kemarahanNya, kerana mereka telah membeli dunia dengan agama dan menjadikan ilmu sebagai alat yang digunakan untuk mengambil harta sultan, memakan harta wakaf, harta anak yatim, harta orang miskin dan harta orang Islam. Di sepanjang hari mereka hanya menghabiskan masa untuk mencari pangkat dan kedudukan di hati manusia. Untuk itu mereka sanggup menunjukkan segala kebolehan di hadapan orang ramai dan memperlihatkan kefasihan lidah mereka dalam berbahas dan berbincang.
Semua ilmu yang bermanfaat itu telah kami sebutkan di dalam kitab Ihya Ulumiddin maka jika engkau tergolong daripada ahlinya maka hasilkanlah olehmu akan dia dan amalkan dengan isi dan kandungannya. Kemudia setelah itu engkau ajarkan pula kepada orang lain dan engkau ajak mereka untuk menuntutnya maka sesiapa yang mencari ilmu yang bermanfaat lalu ia mengamalkan dengannya kemudian ia mengajak orang lain untuk mencari ilmu tersebut maka orang itu akan di panggil "Azim" (orang yang besar) di alam Malakut seperti apa yang telah diperkatakan oleh Nabi Isa A.S.
Apabila engkau selesai darilpada mencari ilmu yang bermanfaat dan selesai daripada memperbaiki dirimu pada zahir dan batin dan masih lagi ada baki daripada waktumu maka tidak mengapa waktu yang baki itu engkau gunakan untuk menuntut mazhab (Ilmu Masail Khilafiah) supaya engkau juga mengenali cabang-cabang ilmu fekah dan permasalahannya yang juga terkadang timbul diwaktu engkau berbuat ibadat dan supaya engkau mengetahui jalan tengah di antara segala permasalahan yang diperselisihkan oleh orang ramai ketika mereka sedang dikuasai oleh hawa nafsu di dalam pertengkaran mereka. Ini pun dengan syarat adanya kelapangan masa selepas engkau menuntut ilmu yang fardhu kifayah. Tetapi jika nafsumu selalu mendorongmu meninggalkan membaca wirid dan zikir yang telah kami sebutkan dan merasa berat untuk melaksanakannya (dan ia sangat cenderung untuk menghabiskan masa menuntut ilmu Masail Khilafiah tadi) maka ketahuilah bahawa sebenarnya syaitan telah berjaya mempermainkan engkau dan ia telah berjaya menanamkan suatu penyakit yang sangat berbahaya di dalam hatimu iaitulah cinta pangkat dan hartabenda. Oleh itu hendaklah engkau berhati-hati supaya engkau akan menjadi alat tertawan syaitan maka ia membinasakan akan dikau dan akan mengolok-olok engkau.
Apabila engkau telah mencuba mengamalkan wirid-wirid dan ibadat (yang telah kami sebutkan) dan engkau dapati akan dirimu tidak merasakan sebarang keberatan dan tidak merasa malas melaksanakannya, bahkan nampak pada dirimu minat yang sangat mendorong engkau untuk mencari lagi ilmu yang bermanfaat dan engkau tidak menghendaki dengan mencari ilmu itu kecuali hanya keredhaan Allah dan negeri akhirat, maka menuntut ilmu ketika itu lebih afdhal daripada ibadat-ibadat sunat. Dan yang paling penting handaklah engkau memastikan keikhlasan niatmu (kerana niatlah yang menentukan nilai amalan mu). Dan apabila niatmu tidak ikhlas maka di sinilah tempat terpedayanya orang-orang yang jahil dan disini pula tempat tergelincirnya kaki orang-orang yang cerdik pandai.
Kedua :
Bahawa engkau tidak berkuasa menghasilkan ilmu yang bermanfaat tetapi engkau kuasa berbuat ibadat seperti berzikir, membaca Al Quran, bertasbih dan sembahyang maka ini adalah darjat orang yang Abid dan cara hidup orang yang Soleh. Dengan cara ini juga engkau dapat tergolong di dalam kumpula orang yang beruntung.
Ketiga :
Bahawa engkau membuat sebarang pekerjaan yang dapat memberi kebaikan kepada orang-orang Islam dan dapat menggembirakan hati orang-orang yang beriman atau engkau menolong orang yang soleh di dalam pekerjaan mereka seperti berkhidmat kepada para ulama dan ahli Sufi dan ahli-ahli agama dan berulang-alik di dalam menunaikan hajat-hajat mereka atau berusaha untuk memberi makanan kepada fakir dan miskin atau menziarahi orang sakit atau menghantar jenazah, maka semuanya ini adalah lebih afdhal daripada semata-mata ibadat sunat sahaja kerana amalan yang seperti ini, selain sebagai satu ibadat, juga ia merupakan pertolongan kepada orang yang lain.
Keempat :
Jikalau engkau tidak dapat membuat salah satu daripada tiga perkara yang disebut tadi maka berusahalah untuk menunaikan hajatmu sendiri dan mencari nafkah bagi dirimu dan keluargamu sedangkan orang ramai selamat daripada sebarang gangguanmu dan mereka juga selamat daripada bahaya lidah dan tanganmu. Dan agamamu pula selamat, iaitu apabila engkau tidak terlibat dengan sebarang kemaksiatan maka dengan itu engkau akan dapat mencapai darjat Ash-Habul Yamin sekiranya engkau tidak dapat mencapai darjat As Sabiqin.
Maka empat perkara inilah segala darjat di dalam agamamu. Selain daripada empat darjat ini hanyalah tempat permainan syaitan iaitu bahawa engkau mengerjakan sesuatu yang dapat meruntuhkan agamamu - Wal Iyazubillah -, atau menyakiti hamba daripada hamba-hamba Allah maka ini adalah perbuatan golongan yang binasa dan hendaklah engkau menghindarkan diri daripada mereka.
Dan ketahuilah bahawasanya seorang hamba itu dipandang dari sudut agama terbahagi kepada tiga darjat :

- "Salim" ertinya orang yang selamat iaitu orang yang hanya menunaikan yang fardhu dan meninggalkan maksiat.
- "Rabih" ertinya orang yang beruntung iaitu orang yang menunaikan yang fardhu dan meninggalkan maksiat dan menambah pula dengan membuat bermacam-macam ketaatan yang sunat.
- "Khasir" ertinya orang yang rugi iaitu orang yang taksir atau cuai daripada membuat sesuatu yang fardhu.
Maka jikalau engkau tidak dapat menjadi orang yang "Rabih" maka berusahalah supaya menjadi orang yang "Salim" dan janganlah sekali-kali menjadi orang yang "Khasir".
Dan seorang hamba itu dipandang dari sudut pergaulan dengan orang lain terbahagi kepada tiga darjat pula :
- Laksana Malaikat yang mulia yang suka berbuat baik kepada orang lain iaitu seseorang yang berusaha menunaikan hajat orang lain dengan cara yang penuh kasih sayang dan lemah lembut dan sentiasa melakukan perkara yang dapat menggembirakan hati mereka.
- Lakasana binatang dan benda keras iaitu seseorang yang tidak memberi kebaikan kepada orang lain dan tidak pula menolak sebarang perkara yang menyakiti mereka.
- Laksana kala jengking, ular dan binatang buas iaitu seseorang yang tidak diharapkan kebaikannya dan dijauhi kejahatannya.
Oleh kerana itu, apabila engkau tidak mampu mencapai ketinggian darjat Malaikat maka janganlah engkau menjadi lebih rendah daripada darjat binatang dan benda-benda yang keras iaitu turun kepada darjat kala jengking, ular dan binatang buas yang suka menyakiti orang lain. Jadi jikalau engkau redha bagi dirimu untuk berada di bawah daripada darjat "A'la Illiyyin" (darjat yang paling tinggi daripada segala yang tinggi) maka janganlah engkau redha bagi dirimu dengan darjat "Asfala Safilin" (darjat yang lebih rendah daripada segala yang rendah) dan jikalau engkau tidak mampu membuat perkara yang dapat menguntungkan, maka janganlah engkau membuat perkara yang merugikan.
Di sepanjang hari janganlah engkau melakukan sesuatu kecuali perkara yang dapat memberi manfaat bagi akhiratmu atau sekurang-kurangnya melakukan perkara yang bermanfaat bagi kehidupanmu di dunia ini yang engkau tidak dapat lari daripadanya dan engkau berhajat kepada menggunakan manfaat dunia ini untuk mencari pahala akhirat.
Apabila engkau tidak mampu melaksanakan kewajipanmu terhadap agamamu ketika engkau bergaul dengan manusia atau engkau tidak selamat daripada membuat maksiat maka hendaklah engkau beruzlah (iaitu mengasingkan diri daripada orang ramai) dan itu adalah yang terlebih baik bagimu, maka disitulah letaknya keselamatanmu. Dan apabila was-was selalu datang menarik hatimu untuk membuat perkara-perkara yang tidak diredhai Allah ketika engkau beruzlah maka hendaklah engkau tidur dan inilah sebaik-baik keadaanmu kerana sudah menjadi pegangan kita didalam kehidupan ini, apabila kita tidak mampu mendapatkan keuntungan dan kemenangan maka biarlah kita redha dengan lari dalam mencari keselamatan. Maka alangkah hinanya orang yang dapat menyelamatkan agamanya dengan menganggurkan dirinya kerana tidur adalah saudara mati yang bermakna pengangguran hidup dan mencontohi benda-benda yang jamid (yang tidak bergerak).
No comments:
Post a Comment