Sunday, 5 February 2017

6. ADAB-ADAB PERGI KE MASJID

Apabila engkau telah selesai daripada bersuci maka sembahyanglah di rumahmu dua rakaat sunat subuh jikalau fajar telah terbit seperti apa yang telah dibuat oleh Rasulullah S.A.W. kemudian pergilah ke masjid dan jangan sekali-kali engkau meninggalkan sembahyang berjamaah apakan lagi sembahyang subuh kerana sembahyang berjamaah itu melebihi daripada sembahyang sendirian dua puluh tujuh darjat.  Jikalau engkau mempermudahkan perkara seperti ini dan tidak mahu merebut keuntungan yang besar ini maka apalah faedahnya engkau bersusah-payah mencari ilmu kerana tujuan mencari ilmu itu hanyalah untuk diamalkan.

Apabila engkau berjalan ke masjid maka berjalanlah dalam keadaan yang tenang dan tenteram dan jangan terburu-buru dan hendaklah engkau membaca :



No comments:

Post a Comment