Sunday, 5 February 2017

3. ADAB-ADAB BERWUDHUK (MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG)

 Apabila engkau selesai daripada istinjak maka janganlah engkau meninggalkan bersiwak kerana bersiwak itu,

Dan lagi di antara kelebihan siwak itu :


Dan diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda :
 Dan sabda baginda lagi,
Kemudian hendaklah engkau duduk menghadap qiblat di atas tempat yang sedikit tinggi supaya engkau tidak terkena percikan air dan baca olehmu ketika itu akan doa :

Kemudian basuhlah kedua tanganmu tiga kali sebelum engkau memasukkannya ke dalam bejana dan baca olehmu doa :

Kemudian hendaklah engkau berniat untuk mengangkatkan (menghilangkan) hadas atau engkau berniat "Istibahatus Solah" (Ertinya : Membuat sesuatu yang mengharuskan sembahyang) dan hendaklah niatmu itu tidak hilang sebelum engkau membasuh muka, supaya sah wudhukmu.

Kemudian ambil air satu cebuk dan berkumur-kumurlah engkau dengannya tiga kali dan bersungguh-sungguh engkau memutarkan air itu (di dalam mulut) sehingga sampai ke hujung halkum (bahagian atas kerongkong) kecuali jika engkau puasa maka engkau perlahankan berkumur-kumur itu.  Dan baca olehmu ketika itu doa :
Kemudian ambil pula satu cebuk air yang lain untuk engkau memasukkannya ke dalam hidungmu, maka hendaklah engkau beristinsyak (memasukkan air ke hidung) tiga kali dan baca olehmu akan doa :
Dan ketika engkau menghembuskan air daripada hidungmu hendaklah engkau baca doa :

Kemudian ambil pula satu cebuk air yang lain untuk engkau membasuh muka maka basuhlah mukamu mulai daripada tempat yang mula mendatar daripada dahi sampai ke hujung bahagian hadapan daripada dagu.  Ini dari segi bujurnya dan dari segi lebarnya pula ialah jarak antara kedua telinga.  Dan sampaikanlah air itu ke tempat "Tahfiz" iaitu tempat yang telah beradat kaum wanita membuang rambut yang ada di situ, iaitulah tempat yang ada diantara bahagian atas telinga sampai ke tepi pelipis yakni tempat yang ada di tepi dahi dan sampaikanlah ketika membasuh muka itu ke tempat tumbuh empat macam bulu : bulu kening, bulu misai, bulu mata, bulu azar, iaitu bulu yang tumbuh daripada tempat permulaan janggut sampai membetuli kedua telinga.  Dan wajib menyampaikan air ke tempat tumbuh janggut yang tebal.  Dan baca olehmu ketika membasuh muka itu :


Dan jangan engkau tinggalkan menyelat-nyelat janggut yang tebal.

Kemudian basuhlah tanganmu yang kanan dan ikuti pula dengan membasuh tangan kiri.  Basuhlah tanganmu bersama dengan kedua siku sampai ke tempat pertengahan lenganmu, kerana perhiasan di dalam syurga itu sampai ke tempat basuhan wudhuk.  Dan baca olehmu ketika membasuh tangan kanan akan doa :
Dan baca olehmu ketika membasuh tangan kiri akan doa :

Kemudian sapulah kepalamu dan ratakanlah seluruh bahagian kepala dengan sapuan.  Iaitu dengan membasahkan kedua tanganmu lalu engkau temukan hujung jari-jari kedua tanganmu dan engkau letakkan keduanya pada bahagian hadapan kepala, kemudian engkau lakukan kedua tanganmu itu kebahagian belakang daripada kepalamu.  Setelah itu engkau kembalikan semula kedua tanganmu itu kehadapan.  Maka engkau buat seperti ini tiga kali.  Dan baca olehmu ketika menyapu kepala itu :


 Kemudian engkau sapu kedua telingamu, luar dan dalam dengan air yang baru (bukan air yang berbaki di tangan selepas menyapu kepala) dan masukkanlah kedua telunjukmu ke dalam dua lubang telingamu maka engkau sapukan bahagian luar dengan ibu jari dan baca olehmu ketika itu :


 Kemudian sapulah tengkokmu dan baca olehmu :


Kemudian basuhlah kakimu yang kanan dan diiringi dengan kaki kiri dengan menyempurnakan basuhan sampai kepada dua buku lali dan diselatilah celah-celah jari kakimu dengan kelingking tanganmu yang kiri.  Engkau mulakan yang demikian itu dengan menyelati kelingking kakimu yang kanan sehingga engkau sudahi dengan kelingking kakimu yang kiri.  Engkau masukkan kelingking tanganmu yang kiri itu dari sebelah bawah dan baca olehmu ketika membasuh kakimu yang kanan :

Dan baca olehmu ketika membasuh kakimu yang kiri :


Dan basuhlah kakimu sehingga sampai kepertengahan betismu dan hendaklah engkau mempastikan bahawa semua anggota wudhukmu itu engkau basuh atau engkau sapu tiga kali.

Apabila engkau telah selesai daripada berwudhuk maka angkatlah penglihatanmu ke langit dan baca olehmu :

Maka sesiapa yang membaca doa ini selepas ia berwudhuk, pasti akan keluar segala dosanya daripada segala anggotanya, dan dicop keatas wudhuknya dengan cop (maksudnya diterima di sisi Allah) lalu diangkat dan diletakkan di bawah arasy.  Maka sentiasalah wudhuk tadi bertasbih kepada Allah dan ditulis baginya pahala wudhuk itu sampai ke hari kiamat.

Dan hendaklah engkau meninggalkan tujuh perkara di bawah ini ketika berwudhuk ;

  1. Mengibaskan tangan untuk memercikkan air (selepas berwudhuk)
  2. Menamparkan air ke muka dan kepala
  3. Bercakap-cakap
  4. Membasuh anggota wudhuk lebih dari tiga kali
  5. Menggunakan air tanpa ada hajat, tetapi hanya semata-mata was-was.  Dan syaitan yang mengganggu orang yang sedang berwudhuk ini namanya Walhan.
  6. Berwudhuk dengan air musyammas (air yang terkena panas matahari dan di negeri yang panas pula)
  7. Berwudhuk dengan menggunakan bekas-bekas daripada tembaga
Maka yang tujuh perkara ini hukumnya makruh ketika berwudhuk.

Dan disebut pula di dalam hadis :




No comments:

Post a Comment