Rasulullah S.A.W. bersabda :
Dan engkau, wahai penuntut - tidak dapat melaksanakan segala perintah Allah Taala kecuali dengan menguasai hati dan seluruh anggotamu jpada sekalian masa dan nafasmu, bermula dari pagi sampai ke petang.
Dan ketahuilah bahawa Allah Taala itu mengetahui segala yang ada di dalam hatimu dan Dia menilik segala yang ada pada zahir dan batinmu. Dan Dia mengetahui segala masamu, lintasan hatimu dan segala langkah-langkahmu dan segala diammu dan gerakmu. Dan sama ada engkau bergaul dengan orang ramai atau engkau duduk bersendirian, sebenarnya engkau sentiasa di dalam perhatian Tuhanmu. Maka tidak diam sesuatu yang diam di alam "Mulk" (alam yang nampak leh manusia) dan alam "Malakut" (alam yang tidak nampak oleh manusia) dan tidak bergerak segala bergerak kecuali Tuhan yang menguasai sekalian langit dan bumi itu melihat dan mengetahuinya seperti firmanNya:
Dan firmanNya lagi:
Maka jagalah adab-adabmu dihadapan Tuhanmu, baik zahir ataupun batin seperti beradabnya seseorang hamba yang hina yang banyak membuat kesalahan di hadapan seorang raja yang gagah perkasa. Dan bersungguh-sungguhlah engkau menjalani adab sehingga Tuhanmu tidak melihat engkau ditempat yang Dia larang dan jangan sampai engkau tidak ada di tempat yang dikehendakiNya kehadiranmu. Dan engkau tidak akan mampu berbuat demikian kecuali bila engkau aturkan masamu baik-baik dan engkau susunkan wiridmu (bacaanmu) daripada waktu pagi hingga ke petang. Maka dengarlah baik-baik, kerana aku akan menyebutkan segala yang disuruh oleh Tuhanmu bermula dari engkau bangun tidur (di waktu pagi) sampai kepada engkau kembali semula ke tempat tidurmu pada hari yang berikutnya.
No comments:
Post a Comment