Saturday, 4 February 2017

2. ADAB-ADAB MASUK KE DALAM TANDAS

Apabila engkau mahu masuk ke dalam tandas untuk menunaikan hajatmu maka dahulukanlah kakimu yang kiri, dan ketika engkau keluar daripadanya maka dahulukan kakimu yang kanan.  Dan janganlah engkau membawa sesuatu yang ada padanya tulisan nama Allah dan Rasul-RasulNya dan jangan pula engkau masuk ke dalam tandas dengan keadaan tidak menutup kepala atau tidak berkasut.  Dan baca olehmu ketika hendak masuk ke dalam tandas itu akan doa :


 Dan ketika engkau keluar dari tandas hendaklah engkau baca :


Dan sebaiknya hendaklah engkau siapkan segala yang engkau perlukan untuk beristinjak itu sebelum engkau qada' hajat.  Dan jangan engkau beristinjak dengan air di tempat qada' hajat dan hendaklah engkau beristibrak (melawaskan) daripada air kencing dengan cara engkau berdehem-dehem dan melalukan hari di bawah kemaluanmu tiga kali.  Dan jika engkau mahu beristinjak sedangkan engkau berada di tengah padang maka hendaklah engkau mencari tempat yang jauh daripada pandangan orang ramai (supaya tidak tercium baunya dan tidak di dengar bunyinya) dan hendaklah engkau menghadap kepada suatu yang dapat engkau jadikan dinding dihadapanmu dan janganlah engkau membuka auratmu sebelum engkau sampai ke tempat duduk dan jangan engkau menghadap ke arah qiblat, matahari dan bulan.  Dan janganlah pula engkau membelakangkan yang demikian itu. Dan janganlah engkau qada' hajat di dalam air yang tenang atau dibawah pokok yang berbuah dan jangan pula di dalam lubang dan jauhilah daripada kencing di atas tanah yang keras atau ditempat bertiup angin kerana ditakuti bahawa engkau akan terkena percikannya seperti sabda Rasulullah S.A.W :

Dan hendaklah engkau duduk ketika qada' hajat itu dengan memberatkan sebelah kakimu yang kiri (supaya lebih mudah keluar najis) dan janganlah engkau kencing di dalam keadaan berdiri kecuali ketika darurat dan himpunkanlah di dalam istinjak itu antara menggunakan batu (boleh diganti dengan kertas tisu) dan air.  Dan jikalau engkau hanya mahu menggunakan salah satu di antara dua perkara ini maka hendaklah engkau memilih untuk menggunakan air kerana itu lebih afdhal.   Dan apabila engkau mahu menggunakan batu sahaja  maka carilah tiga biji batu yang suci yang dapat meyerapkan (menyuci dan mengeringkan) najis maka engkau sapu dengan batu itu akan tempat keluar najis sekiranya tidak menyebabkan najis itu merebak ke tempat lain dan begitu pula hendaklah engkau sapukan kemaluanmu dengan tiga kali sapu daipada sebiji batu.  Dan jikalau belum hasil bersih dengan tiga biji batu maka hendaklah engkau sempurnakan istinjakmu dengan lima biji batu atau tujuh biji batu sehingga jadi suci tempat keluar najis itu.  Dan bilangan batu itu disunatkan ganjil.  Dan menyucikan tempat keluar najis itun hukumnya wajib.  Dan janganlah engkau beristinjak dengan tangan kanan.  Dan hendaklah engkau membaca doa setelah selesai istinjak itu dengan katamu:

 Dan hendaklah engkau menggosokkan tanganmu dengan tanah atau dinding (atau dengan sabun)  setelah selesai daripada istinjak.  Kemudian lalu engkau membasuh akan tanganmu itu.

* Maksudnya menggunakan sebiji batu yang agak besar yang boleh digunakan tiga penjuru daripadanya tetapi kalau batu itu kecil maka perlu kepada tiga biji batu.

No comments:

Post a Comment